BLOG
IKLAN GOOGLE ADS BERUBAH ? TIADA LAGI IKLAN SIDEBAR
Adakah anda perasan iklan di Google Adwords telah berubah? Kini perubahan drastik yang pihak Adwords buatkan ialah tiada lagi iklan sidebar atau sebelah tepi kanan di page result Google. Jika sebelum ini iklan Google Adwords akan keluar di tiga bahagian iaitu:
- Atas (top
- Tepi (sidebar)
- Bawah (bottom)
Kini iklan di Google Adwords hanya ada 2 sahaja (sudah disahkan pihak Google):
- Atas (top)
- Bawah (bottom)
Tak percaya? Cubalah test..
Kenapa perubahan drastik?
Perubahan ini dibuat selepas percubaan dalam jangkasa masa yang lama sebenarnya cuma mungkin ramai tidak perasan. Ini kerana kini lebih 70% searchers atau pengguna Google yang membuat carian adalah menggunakan mobile atau smartphone. Jadi iklan di sidebar kini tidak lagi relevan kerana jika menggunakan smartphone, result di sidebar tidak terpapar secara penuh dan pengguna perlu scroll ke tepi untuk melihatnya.
Apa lagi perubahan?
- Tiada lagi iklan di sidebar
- Iklan top jika sebelum ini 3 paling maksimum, telah menjadi 4 paling maksimum
- Iklan bottom jika sebelum ini 1 atau 2 sahaja, kini telah menjadi maksimum 3 iklan
Jadi jika sebelum ini jumlah iklan terpapar di result page Google melalui Google Adwords adalah 3 untuk top, 7 untuk sidebar dan 2 untuk bottom, jadi jumlah iklan boleh terpapar = 12 iklan. Kini hanya 4 untuk tops dan 3 untuk bottom menjadikan jumlah iklan ada 7 sahaja.
Dulu = 12 iklan, Kini = 7 iklan
Nampaknya persaingan kini lebih tinggi. Peluang untuk terpapar makin nipis. Hanya iklan yang mendapat ranking terbaik dan tertinggi sahaja akan terpapar.
Jadi apa perlu buat?
Belajar Google Ads dari teori sebaiknya. Kerana teori tidak berubah. Jika anda faham sebaiknya teori dan algorithm di sebalik Adwords, sudah pasti apa sahaja perubahan mendatang ianya bukan masalah buat anda. Pastikan Ad Rank anda setinggi yang mungkin!!
>> Klik Sini untuk belajar Google Ads
dengan Certified Google Ads & Google Partners <<
Newbie…Belum faham apa itu Google Ads?
-> Download Free eBook Google Ads di sini