Skip to content

BLOG


3 LANGKAH BAKAL MEMBUNUH BAJET GOOGLE ADS ANDA !

Jangan..Jangan.. Jangan.. Never ever never.. Guna langkah ini untuk memastikan bajet pengiklanan Google Adwords anda berjalan lancar pada harga yang optimum. Langkah ini juga, jika diikutkan memang akan mendapatkan anda klik yang tinggi tapi biasanya pada conversion atau pulangan jualan yang AMAT RENDAH.

Jadi mari kita tengok apa 3 langkah yang bakal membunuh bajet pengiklanan Google Adwords anda:

1) Google Adwords Express – ketahuilah bahawa tiada yang express dalam hidup ini. Inikan pula dengan perniagaan yang melibatkan untung rugi. Google Adwords Express sebenarnya adalah preset template untuk mereka yang masih baru dan ingin cuba iklan perniagaan mereka menggunakan medium pengiklanan Google Adwords. Namun ianya tidak secantik digambarkan. Penggunaan keyword yang tidak tepat, pemilihan lokasi audience yang terlalu terbuka, dan tiada setup advanced yang WAJIB anda gunakan sebenarnya. Jadi jika login ke akaun Adwords anda untuk permulaan, pastikan anda klik “Skip the guided setup” dan jangan follow arahan preset yang Google tetapkan.

GOOGLE ADS
GOOGLE ADS

2) Broad Match – Keyword setting dalam Google Adwords ada 5. Salah satu secara default adalah Broad Match. Apakah maksud broad match? ianya penggunaan keyword yang mana, iklan anda akan terpapar jika keyword yang salah ejaan, hampir sama maksud, gandaan atau apa sahaja yang berkaitan digunakan pencari di Google. Contohnya: pengguna di Google mencari “kad kahwin murah”, iklan yang akan terpapar berkaitan semua kad kahwin, kahwin dan kahwin murah. Antaranya mungkin “kad kahwin terbaru”, “katering kahwin”, “mas kahwin murah” ataupun “kahwin di thailand murah”. Inilah bahayanya menggunakan broad match keyword. Jadi nak elakkan ke guna broad match? Jawapan saya: WAJIB elakkan.

GOOGLE ADS

 

3) Default atau recommended – banyak kali dalam conference atau tulisan pakar adwords yang lain mengatakan bahawa default setting atau recomended option adalah sebaiknya DIELAKKAN. Kenapa? sebab kita pun tak tahu apa yang default dalam setting tersebut. Recomended juga anda perlu berhati-hati. Jangan tick sesuka-hati. Pastikan anda baca dan faham apa yang dimaksudnya fungsi yang di recommended kan itu. Jika was-was atau tidak pasti, jangan gunakan.

GOOGLE ADS

 

Kesimpulannya, anda yang HANYA TAHU cara setting terbaik untuk iklan anda. Jangan biarkan robot sesuka-hati menetapkan iklan anda. Susun dan kemaskan iklan anda di Adwords sebaiknya. Supaya ianya menarik, terbaik dan pada kos yang optimum. Nak belajar bagaimana susun dan buat iklan Adwords terbaik?

1- Follow Sifu Adwords di FB

2- Nak belajar Google Ads secara Advanced ? Klik sini Ebook Google Ads Advanced

google ads
GOOGLE ADS

Free Ebook Google Ads ?Sila Isi Form Di Bawah

DAPATKAN FREE EBOOK GOOGLE ADS

SILA ISI FORM DI BAWAH

-MASTER YOUR KEYWORD-