Hai, kita ni sebagai orang bisnes mesti penat kan nak handle sales, nak handle pekerja, nak handle family, nak handle website lagi. Laman website atau landing page anda tidak berada di ranking Google Search?
Mengapa jadi begitu? Ia kerana anda kurang update website anda atau anda mudah putus asa. Website pulak asyik duduk di ranking bawah je. Trafik ke website slow, macam siput. Stress kan?
Nak cakap pasal ranking website ni, banyak persaingan sebenarnya. Persaingan makin sengit bila ada orang menjual produk sama dengan kita. Sebagai contoh, ranking website si A di tengah, ranking website si B di atas sekali, selepas itu ranking website kita hilang dari radar di ranking Google. Sedih kan? Rasa tersisih oleh Google. Tapi, jangan risau!
Ada 5 cara yang Sifu nak kongsi, cara GUARANTEED akan naikkan ranking website anda di Google!
Cara 1 : Cari keyword yang ‘HOT’
Tunjang UTAMA dalam pemasaran online terutama di Google adalah keyword. Pemilihan keyword HOT yang tepat akan membawa pelanggan HOT ke web anda dan seterusnya membeli produk kita.
Hot itu bermaksud yang di cari RAMAI kat Google berkaitan bisnes atau produk anda. Lagi ramai orang cari maknanya lagi boleh MELETOP lah sales anda nanti.
Tak tahu nak cari keyword ‘HOT’ kat mana?
Sifu akan bagi keyword tools untuk anda MENJUMPAI keyword tersebut.
i) Google Keyword Planner
ii) Google Trends
iii) KeywordTool.io
iv) SASKET –> https://keywordtool.sifuadwords.my/
Setelah dah dapat keyword ‘HOT’ ni nak buat apa sifu?
Anda boleh guna cara yang seterusnya.
Cara 2 : Gunakan keyword sebagai nama domain website anda.
Dah dapat keyword padu, letak kat nama domain website anda. Barulah orang senang nak cari website anda. Jangan pulak letak macamni -> baju213kurung-moden.com. ELAKKAN guna nama macamtu! Ia memudahkan orang mencari terus nama produk anda. Kalau nama domain bercampur dengan nombor AUTOMATIK orang tidak cari dan terus jatuh ranking, kan dah rugi.
Contoh nama domain yang sesuai -> resepitradisimunah.com / resepi-tradisi-munah.com atau tudungbawalsafiya.com / tudung-bawal-safiya.com
Cara 3 : Keyword sebagai nama page di Fb Page.
Sama je macam cara ke-2, cuma keyword ‘HOT’ itu kena ada juga baru LETOPS nama FB Page anda. Dah bagi nama letops anda kena rajin post di website. Jangan biarkan pelanggan anda lupa pasal produk anda!
Sifu bagi contoh sikit: Baju Kurung Cotton Murah, Casing Fon Hipster, Ubat Mujarab Untuk Sakit Lutut.
Cara 4 : Menghasilkan artikel atau post di website menggunakan keyword ‘HOT’.
Artikel yang menggunakan keyword ‘HOT’ dan juga menarik adalah faktor yang menaikkan ranking website anda di Google. TAPI! kalau artikel melalut je, content mengarut, lari dari tajuk, macam mana nak tarik minat orang baca artikel kita. Google pun taknak baca apa kita tulis.
Cara 5 : Run Google Ads menggunakan keyword ‘HOT’
CONFIRM! Ini cara paling BOOM untuk naikkan ranking website anda di Google kerana ads anda boleh letak kat semua platform. Kalau macamtu marilah belajar Google Adwords. Jangan lupa letak keyword yang anda jumpa. Baru ads anda tersebar di semua tempat. Lagi senang kan? Trafik ke website tinggi, so website anda pun TERUS naik rank.
Anda faham tak apa yang Sifu terangkan? Kalau faham komen “SAYA FAHAM SIFU” di bawah.
No comment yet, add your voice below!