Skip to content

BLOG


JENIS DAN CONTOH KEYWORD YANG TERBAIK DALAM SEO

Kejap long-tail..Kejap short-tail..pening lah..mana satu nak ikut ni ? Okay guys..jangan pening-pening pasal keyword nih..benda boleh setel..buat apa nak pening ?

Mestilah pening Sifu..keyword kan perkara PENTING dalam online marketing..kalau salah pilih keyword..boleh RUGI bisnes ! Macam mana prospek nak tahu bisnes kita kalau keyword pun salah ? kan Sifu?

Betulll..tapi mesti ada yang masih tak tahu pun apa benda long-tail dengan short-tail keyword ni kan ? Nak tanya tapi malu-malu kucing pulak..Okay tak apa..jangan risauuu harini Sifu akan terangkan pasal keyword ni okay ?

GOOGLE ADS

Yessss ! Jom timba ilmu sama-sama !

Apa itu Long-tail Keyword dan Short-tail Keyword ?

GOOGLE ADS

 

Long-tail keyword atau kata kunci panjang ialah keyword yang terdiri daripada 3 patah perkataan atau lebih..manakala untuk short-tail keyword atau kata kunci pendek pulak terdiri daripada 1 atau 2 patah perkataan..

Kenapa long-tail keyword ?

Sebab long-tail keyword lebih spesifik dan tidak general..bila keyword yang korang guna tu spesifik..kurang lah competitor..Contoh long-tail keyword.. pakej turki 3 hari 2 malam murah, produk kecantikan selamat dan berkesan ataupun suplemen untuk kesihatan dalaman wanita tanpa kesan sampingan

Nampak tak ?

Nampak Sifu..long-tail keyword ni lebih khusus dan spesifik..tak general kalau nak dibandingkan dengan short-tail keyword..asalkan keyword tu tak panjang berjela sampai satu perenggan..

Selain itu, kadar penukaran yang tinggi atau high conversion rate..biasanya prospek yang betul-betul nak beli atau guna servis korang akan taip secara spesifik atau khusus daripada prospek yang taip secara umum..sebab mereka dah tahu apa yang mereka nak..

 

Melabur dalam long-tail keyword ni biasanya menjanjikan ROI (Return on Investment) dan strategi “kualiti melebihi kuantiti” yang berjaya

Tapi INGAT ! keyword yang korang guna tu mesti TEPAT dan RELEVAN dengan bisnes korang tau..

Haaa bila dah TEPAT dan RELEVAN..BOOM ! Baru lah meletup bisnes korang..customer pun ramai..order pun tak cukup tangan..Perghh untung deras..

Ehh jappp kenapa Sifu tak terangkan pasal short-tail keyword pun ?? Haaa kalau nak tahu kenalah NANTIKAN next update ! 

Nak belajar pasal online marketing ? JOIN group telegram untuk tips online marketing sekarang ! https://t.me/SifuGoogleAds

 

Nak belajar Google Ads ? Jom belajar Google Ads sekarang di https://nak.la/ebookgoogle

google ads
GOOGLE ADS

Free Ebook Google Ads ?Sila Isi Form Di Bawah

DAPATKAN FREE EBOOK GOOGLE ADS

SILA ISI FORM DI BAWAH

-MASTER YOUR KEYWORD-