Good day everyone! Tengah check iklan anda duduk kat ranking mana ke tu?

Jumpa tak? Kalau anda masih tak jumpa kena check balik la apa yang anda setup kat Google Ads. Anda tahu tak iklan di Google Ads ditentukan oleh Ad Rank? Ad Rank tu apa pulak?

Ad Rank ni nilai yang digunakan oleh Google untuk menentukan position iklan anda. Semakin TINGGI ad rank maka semakin TINGGI position iklan anda. Ad rank rendah adalah faktor iklan anda tak keluar atau duduk kat bawah ranking Google. Jadi, kalau anda nak iklan anda disiarkan kat Google, anda kena score FORMULA Ad Rank ni.

Ad Rank ada formula rahsia kalau nak iklan anda duduk kat ranking paling atas sekali di Google.


Formula Ad Rank = Bid x Quality Score (QS) x Ads Format Impact (AFI)


Bid tu apa? Quality Score tu apa? Ads Format Impact tu apa?

Bid = Bila korang tetapkan nilai(RM) sendiri bid, anda sebenarnya bagitahu Google jumlah maksimum yang anda mampu atau sanggup bayar untuk klik pada iklan anda. Anda juga boleh menukar bid pada bila-bila masa.

Quality Score (QS) = Anggaran kualiti iklan, keywords dan landing page anda. Iklan yang berkualiti tinggi boleh menyebabkan harga yang lebih rendah dan kedudukan iklan yang lebih baik.

Ads Format Impact (AFI) = Impak atau kesan setup ayat iklan dan ads extension yang anda guna. Lagi impak (CTR) tinggi ads anda, lagi tinggilah nilai AFI tu. Ads extension pun jangan lupa, set sebanyak & sebaik mungkin tau.

Faham tak penerangan sifu ni? Nak belajar Google Adwords? Kalau tak faham atau nak tahu lebih lanjut pasal Ad Rank komen la “Saya Nak Tahu Sifu” sekarang!

Recommended Posts

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *